Friday, February 27, 2009

kawasaki

kawacup

Selanjutnya...

Thursday, February 26, 2009

saya suka suzuki

saya suka suzuki

Selanjutnya...

Wednesday, February 25, 2009

Setelah memperkenalkan Edisi khas yamaha R1 pada tahun ini bersempena genapnya 10 tahun yamaha R1 berada diatas jalan raya, yamaha motor maju setapak lagi dengan memperkenalkan model terbaru motosikal berkuasa tinggi ini, kali ini banyak sekali penaiktarafan dilakukan,bolehlah dikatakan ia setapak lagi lebih hampir kepada model kejuaraan MotoGp iaitu M1.

Dengan sesaran engin 998 cc. yamaha R1 memang dikenali sebagai motosikal yang amat pantas lincah dan bertenaga di litar-litar lumba, ia seringkali dijadikan sebagai motosikal pilihan ramai .mungkin kerana ia antara yang mempunyai berat yang ringan tambahan dengan sesaran yang besar, ia menjadi pilihan ramai kaki -kali leper di segenap pelusuk dunia.

Berbalik kepada model terbaru dari yamaha ini, sesaran engin suntikan bahan api ini masih juga pada 998 cc dengan format inline four dilengkapi dengan crossplane crankshaft, uneven firing interval pada 270º - 180º - 90º - 180º. inovasi rekaan baru ini memastikan respon throttle yang lebih linear, memberikan penunggang kepekaan respone terus dari pendikit ke tayar belakang. ini mungkin dari teknologi kawalan berkomputer pada sistem pendikit motosikal ini

Dengan format baru Big Bang ini , engin terasa lebih lembut dan mengeluarkan bunyi yang lebih lembut dari sebelumnya, mampu menjana 182 PS pada 12,500 rpm dan 115.5 Nm torque pada 10,000 rpm, bukankah itu yang anda mahukan.
Engine ini sememangnya diasaskan dari teknologi perlumbaan MotoGpm ia dilihat sebagai penjana kuasa termaju pada sebuah motosikal kategori Supersport

Dilihat kepada rekebentuk terbaru motosikal ini, anda pasti mempunyai pendapat masing-masing, mungkin ada yang gemarkannya, malah ada juga yang mungkin menjangkakan lebih dari itu, apa pun bagi saya ia agak kemas, dengan saiz yang tidak terlalu besar ( seolah -olah dalam kelas 600cc) ia sudah pasti menjadi pilihan terbaik bagi kaki -kaki leper, saingan terdekat buat masa ini hanyalah Honda CBR1000RR yang juga mempunya reka bentuk yang kemas dan tidak terlalu maskulin seperti model-model terdahulu, reka bentul model-model baru kini dilihat lebih ringkas dan simple serta tampak kemas,

Untuk menjadikan motosikal ini sehebat ini, ia tidak akan lengkap tanpa mempunyai casis yang mantap,ini adalah faktor penting dalam memastikan motosikal sehebat ini mampu menampung tenaga yang dijana dan memastikan motosikal ini mampu dikawal,maka bagi model terbaru inicasis keseluruhan telah direka semula.
Casis lightweight Deltabox baru ini telah direka bentuk untuk membolehkan beratnya dikurangkan tetapi dalam masa yang sama menjadikan ia lebih kukuh.maka dengan faktor tersebut kekuatan dan ketahanan casis ini tidak perlu lagi dipersoalkan.

Sudah menjadi lumrah pengeluar motosikal cuba mencuri hati bakal-bakal pembeli dengan menambah teknologi-teknologi terbaru untuk meningkatkan prestasi , begitu juga dengan model terbaru keluaran yamaha ini, ia dilengkapi dengan YCC-T dan YCC-I untuk menghasilkan tenaga pada tahap optimum.
model ini juga telah dilengkapi dengan D mode, membolehkan penunggang memilih mode tunggangan bagi memenuhi kehendak dan cara tunggangan seseorang itu.

yamaha nampaknya telah membals kembali serangan dari pada pihak Honda yang telah melancarkan model CBR1000RR tidak lama dahulu dengan model kebanggaan mereka, dan pasti peminat-peminat yamaha R1 kini kembali tersenyum dengan model terbaru ini.

Selanjutnya...

2009 Honda CBR1000RR





Awal kemunculannya, Model Hebat dari honda ini mendapat sedikit kritikan daripada rekabentuk yang agak berlainan dari model-model CBR yang pernah dikeluarkan, banyak pembaharuan dilakukan dan rekabentuk ini dilihat sebagai bayangan jentera MotoGp honda,
dengan penstailan yang lebih ringkas ia suatu ketika dahulu menjadi bahan bualan ramai.

Model baru ini juga dirasakan agak langsing berbanding versi terdahulu,model ini juga membawa beberapa perubahan yang tidak dijangkakan, ekzos tidak lagi diletakkan dibawah ekor, membolehkan reka bentuk ekor diperhalusi dan menjadi kebih kemas dan langsing.

Sementara itu kemampuan jentera juga telah dipertingkatkan, banyak teknologi terkini dibawa bersama.



Review CBR100RR VideoClip

Selanjutnya...

Link Exchange

Followers

 

superbike Copyright 2009 ~ Blog Powered by Iblogger Studio - File Hosting by Ziddu.com - Forum Provider by Freeforums.org